< tido mode
sembang lebat



Berpahalakan rambutan

Sekarang musim buah-buahan kalau singgah raub ni. Durian jual melonggok longgok takde sapa nak beli, manggis jual pakai timbang dan banyak langsat lebam kaler hitam sebab terperap lama sangat dalam raga. Tak terdaya orang raub ni nak meratah buah macam mamalia purba tiap-tiap hari. Semua naik mua. Masing-masing pakat hulur ke jiran tetangga kalau berlebih tu.

Kat depan rumah aku ni pun sama. Tak lari ke mana sangat musimnya. Adela dalam 2-3 jenis pokok. Rambutan gading, kedondong sama buah kuini. Maklumlah duduk tepi bandar ni, pokok tak berapa menjadi sangat. Tak tahan debu, bising. Mudah merajuk. Macam anak dara lagi demand dia.

Rambutan gading biasanya menjadi A-list dalam senarai kes kecurian buah rumah aku tiap tiap tahun. Sampai bergaduh-gaduh bebudak yang datang mencuri itu hari. Dahla mencuri, tunjuk taiko pulak depan rumah orang. Kena pulak musim kali ni lebat sungguh buahnya. Aku dengar sampai bebudak besikal kuarters JKR tu sanggup turun curi rambutan ni tengah malam. Nasib baik tak kena libas dengan bapak aku.

Tak cukup dengan kera kuat mencuri, babi pun kuat sama cari rambutan gugur. Belum azan maghrib lagi dia dah bawak anak pinak dia turun bukit buat kenduri bawah pokok. Nak pergi dekat tak berani. Takut babi naik minyak.

Semalam aku ringan tulang, turun tangga pergi cari galah bawah rumah. Takde. Dah kena curi dengan anak-anak orang TNB bawah bukit tu agaknya. Mak aku suruh pinjam orang rumah ujung jalan sana. Dahla galah dia pendek, reput pulak tang hujung. Kena pulak orangnya jenis kedekut, haramla nak sentuh. Dapat pun belum tentu. Tapi rambutan rumah aku disebut sebut tiap kali bertandang ke rumah.

Aku nekad. Panjat merupakan last resort untuk aku habiskan stok-stok rambutan ni sebelum terlambat. Sama ada kena bersaing dengan kera ataupun bebudak besikal yang tak reti bahasa kena halau tu. Permukaan kaki aku gemuk memudahkan cengkaman dari satu dahan ke dahan yang lain. Skill memanjat darjah lima terpaksa diskala semula mengikut berat badan semasa. Mana tau boleh tiru tupai terbang tu karang. Senang sikit nak capai kalau yang belah ujung-ujung tu. Ilmu pengapungan.

Aku baca bismillah. Panjat kaki kanan pasang kekuda belah kiri. Tangan paut batang pokok naik berlumut. Anak orang TNB bawah bukit tu bersorak macam nampak antu bila nampak aku bersidai atas pokok rambutan. Aku gelak kuat-kuat pastu campak kulit rambutan kat kepala diorang. Halau balik. "Kecik kecik dah pandai mencuri harta orang" kata aku.

Adela 2-3 ekor kerengga cuba membantutkan ketangkasan aku atas pokok dengan memberikan 'love bite' kat tengkuk, celah-celah baju seluar. Menggelupur kejap atas dahan. Walaupun pokok ni pernah direkodkan menjadi port kerengga, aku yakin semua kerengga ni dah bermigrasi secara besar-besaran ke pokok kedondong sebelah sebab takut kena bakar, cucuh dengan ubat nyamuk lagi sekali. Yang tinggal-tinggal ni semua yang jenis kuat rebel tak sedar diri. Ritual bakar kerengga ni selalu aku buat lepas balik mengaji dulu-dulu. Siap beli ubat nyamuk spare simpan bawah rumah.

Bila dah penuh raga biasanya adik aku sediakan 8 jenis plastik berlainan. Packing kasi jiran. Mana ada makan sorang. Nak kena tibai dengan mak aku? Kadang-kadang yang dah buruk, kecut berulat baru tolak kat aku. Yang elok semuanya disunggahnya ke orang lain. Mana aku tak kecik hati. Dahla aku yang panjat. Dekat 2 jam duduk bersidai atas pokok rambutan, mana tak sakit tongkeng?

Tutuhla, aku pikir pahala aje sebenarnya...

8 Comments

At 2:18 AM , Blogger sak~ said...

gua tak berbakat panjat pokok, gayat beb.

 
At 4:49 AM , Anonymous Anonymous said...

nak rambutan!
nak rambutan!

bawak dtg KL isnin ni k?
nak!!!
=)

::Hati Kamu::

 
At 10:48 AM , Blogger chot said...

xsangka lu masih ada simpan serimbun pokok rambutan tu lagi...kami disini hanya menelan air liur shj bila membaca entry ko ni jr....kalau aku berjiran dgn ko..sudah pasti aku salah seorg yg memanjat pokok rambutan ko ditengah mlm tu....ehhee

 
At 1:17 AM , Anonymous Anonymous said...

kaki gemuk diaaaaaaaaaaaaaaaa


dewi sue

 
At 4:53 PM , Blogger Kurt Kuden said...

wuisk. kerengga2 mmg aku pantang gak. sakit ati weh kalau kene luvbite, pastu di pancut pulak air kencing die kat tempat luvbite tu, mmg pedih gle aa..

tingat 'moktang kerok nyor' kt umah hehe

 
At 8:57 PM , Anonymous Anonymous said...

beli ridsect, bawak naik pokok...spray je kalau ade yang ganggu

 
At 1:35 AM , Blogger admin said...

uit...panjat pokok ke? ajarkan cara ilmu pengapungan tu?? nak gak try.

 
At 1:32 PM , Blogger NaniRostam said...

Bagus, itulah yang sepatutnya, setelah beri kat semua jiran berdekatan, yang lebih tu baru kita jual atau makan.tahun depan mesti berbuah lagi lebat. insyallah.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home