< tido mode
sembang lebat



Siri hidup cemerlang: tip-tip resume

Salah satu cara untuk korang berjaya dalam proses mengapply kerja ialah dengan adanya unsur penipuan dan tokok tambah. Tapi kawan-kawan, walaupun apa yang aku ajar ni salah sekurang-kurangnya ia meyakinkan diri aku sendiri bahawa kita ni boleh sellout di khalayak ramai. Kata orang tu ada market.

Firstly, pastikan gambar berukuran pasport korang nanti terang dan berpakaian kemas. Kalau kulit gelap macam macha tu, aku sajes korang guna software untuk mencerahkan sedikit kulit muka, membuang jerawat batu atau panau di bawah leher. Sape nak ambik korang kerja kalau kebersihan diri pun tak terjaga. Lainlah kalau kompeni yang nak ambik korang ni kompeni kosmetik.

Part jawatan kat sekolah ataupun pengalaman kerja ni paling banyak membantu korang sebenarnya. Manfaatkan jawatan dari setinggi-tinggi presiden sampailah level kuli untuk menunjukkan kesungguhan anda untuk berkhidmat dengan kompeni ni. Sebagai contoh, jawatan pengawas percubaan ataupun biro kebersihan kelas pun cukup memadai. Ketua kumpulan pun boleh kalau dah takde pilihan lain.

Tunjukkan bahawa korang ini seorang pekerja yang serba boleh dalam borang resume tersebut. Senaraikan semua kerja termasuklah tukang bancuh kopi, tukang stapler kertas dan lain-lain lagi. Kebanyakan kompeni tak suka pekerjanya yang keras macam plywood bila disuruh membuat kerja.

Lagi satu, jangan sesekali anda letak nama pengetua sebagai idola hidup. In case kalau dah takde orang lain nak dijadikan idola, letaklah nama sendiri. Letak nama penuh dan siap ada bin sekali supaya penemuduga tak keliru bila membacanya sekali pandang. Straight and clear!

Jangan sesekali beritahu kompeni tersebut bahawa anda ialah anak seorang hartawan atau anak menteri. Semua boss tak suka bila dapat tahu pendapatan sebenar seorang peon adalah 8 kali ganda pendapatan bosnya. Lebih ketara lagi bila boss pakai proton wira tahun 2005 dan pekerjanya pakai nissan skyline. Pikir logik ya kawan-kawan.

Ini tip tambahan bagi calon yang menguasai banyak bahasa. Kalau korang tidak berada dalam kelompok tersebut, anda silap sebenarnya. Seorang muslim melayu sekurang-kurangnya boleh bertutur dalam 4 bahasa: bahasa melayu, bahasa inggeris (takkan satu perenggan pun tak boleh?), bahasa arab (masa sembahyang, baca Quran) dan bahasa Kelantan (loghat negeri masing-masing). Percayalah, semua loghat tempat masing-masing berbeza. Kalau anda berasal johor janganlah harap dapat bertutur dengan lancar loghat berdengung terengganu itu dalam tempoh seminit dua.

Bagi mereka yang tinggal bersama ibu bapa, pastikan alamat surat menyurat menggunakan alamat kedua (rumah kawan, rumah gefren dll). Ini supaya surat merah tindakan tatatertib tidak sampai ke tangan ibu bapa anda. Begitu jugak dengan nombor telefon rumah. Yang ini memang pantang habis kalau korang nak kerja part time ataupun kerja sebulan masa cuti sem.

Kalau korang ni jenis rajin dan terdidik, satu helai kertas kajang tu memang leweh-leweh ajelah korang isi. Kalau aku, mustahil satu muka surat tu penuh. Suku muka pun tak janji lagi. Font kecik sampai cucuk mata. Mana taknya..

Lastly kalau kerja yang korang apply ni bertahan selama seminggu aje, aku taktau ahh...
Yang aku bagi ni tip semata-mata, segala kemalangan dan kecelakaan tanggung sendiri.

6 Comments

At 11:53 AM , Anonymous mohdismail said...

jr...nak no tepon ko..email kat aku..ch83116[at]eng.usm.my...ade benda nak sembang sikit...ko mesti suka..:)

 
At 3:10 PM , Blogger chot said...

apa benda la tu...

 
At 11:26 PM , Anonymous Anonymous said...

nak jadi PTD resume penting tak?

suraya

 
At 1:30 AM , Blogger sak~ said...

wey kalau ketua meja dewan makan boley masuk dlm resume gak ke..haha

 
At 5:28 AM , Blogger Azhar Ahmad said...

Apapun, hidup perlu teruskan. Camner cantik pun resume tu, dua benda je yang penemuduga cari. Keikhlasan dan kejujuran....

 
At 1:19 PM , Blogger ILynn said...

ahahhahahahahha
yg ni klakar
aku suke part bahasa tu
tergelak2 aku

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home