< tido mode
sembang lebat



Perumah bujang

Sia-sia usaha
Sempena harijadi aku yang ke duapuluhdua ni, aku berazam untuk berhenti melakukan perkara mungkar. Mungkin pengaruh ceramah ustaz rock, Akhil Hayy dah mula meresapi otak aku. Tiap-tiap hari pasang ceramah yang sama. Aku pun boleh hafal part mana dia bersin dalam ceramah tu.

Tunggu. Ada satu perkara yang tak mungkin aku akan berhenti sampai tua esok; iaitu mencarut. Susahnya nak mengikis kebiasaan. Seronok sangat berzikir dengan setan ni sebenarnya.

Hari pertama: susah
Hari kedua: makin susah
Hari ketiga: mencarut balik

Sia-sia usaha.

Memilih
Dalam kelompok kami, Din Lipih ialah seorang perokok tegar. Sehari dia boleh pulun sekotak tanpa mengenal rasa jemu. Kau hulur sahaja sebatang dua, dia tak pernah menolak. Baginya rokok ialah nombor dua selepas tuhan.

Tetapi itu hari aku hulur dia rokok SKL. Rasa buah. Strawberi lagi.

"Keh tak boleh blah ah rasa rokok ni"
"Apsal?"
"Takde feel. Sakit tekak."
"Hmm...nanti aku bikin rokok rasa kurma. Afdal sikit bila kau hisap"

Ceh, dah terang-terang rokok tu buat sakit.

Trick separa menjadi
Semenjak aku pindah "kondo" Seksyen 6 ni, masalah makin kurang. Kau tak payah nak pikir pasal sewa rumah, duit api air semua. Bukan tak bayar langsung. Tapi bayar kurang. Kurang seratus tiap-tiap bulan. Sejuk poket aku.

Lagi satu aku suka persekitaran kat sini. Sunyi. Walaupun kau boleh terbau colok cina bila time maghrib. Silap-silap terpijak najis anjing kalau mata kau letak kat lutut. Itu semua special case. Untuk waktu-waktu tertentu sahaja benda ni berlaku.

Tapi yang paling kami suka ialah bila dapat tau rumah sebelah, rumah depan aku ni dipenghuni oleh golongan awek seuniversiti. Sedap mata memandang.

Pantang bunyi grill pintu. Macam-macam trick yang akan keluar. Dari susun kasut, cek meter air sampailah trick paling bodoh sekali iaitu kiwi kasut. Pukul 1 pagi.

Itu hari, ada sorang awek senyum pada Sani. Bukan main berbunga-bunga hati dia. Tapi dia silap besar. Seminggu sebelumnya dia dah bertunang dengan pilihan hatinya. Kami ugut akan repot pada tunang dia kalau menggatal sekali lagi.

Hahaha...perempuan punya pasal sanggup tikam kawan sendiri.

10 Comments

At 5:30 PM , Blogger chot said...

bab mencarut,
Hampir setiap bulan akan aku dapatkan vcd akil rawa sejak 3 tahun yg lepas...layan bab dia menyanyi dgn lagu2 menyindirnya...

bab merokok,
aku dah 4 tahun hisap rokok balut 'aromatic' perisa blueberry berfilterkan mentol..tekak ok je..paru2 rasa bersih je..

babpompuan,
trick2 yg ko tulis tu jr semua aku dah guna pakai..yg nyata hasilnya mmg berjaya gak..

http://chot.wordpress.com/
http://gayaruangkepelbagaian.wordpress.com/

 
At 3:56 AM , Blogger Azhar Ahmad said...

bab mencarut,
Aku start mencarut umur 17 tahun. Aku budak nerd? Nguahahahahhahahaha

Bab memilih,
No komen, even shisha pun aku tak leh. Light jer aku onnnn... (shisha strawberry - aku rasa derang tgh feling2 makan strawberi kotttt)

Bab trick,
Apa ke susah, tegur jer terus... Nguahahahhaha, takpun, jadik hantu ketuk umah org malam2. Tapi tektik yang paling menjadi adalah, bila ko nak masak, ko ketuk pintu sebelah, "Errr, ada serbuk kunyit tak?" Kompom lepas tu saham kau naik! Abg tu pandai masakla.... Seswaiiii!

 
At 9:53 PM , Anonymous famia said...

"Tapi tektik yang paling menjadi adalah, bila ko nak masak, ko ketuk pintu sebelah, "Errr, ada serbuk kunyit tak?" Kompom lepas tu saham kau naik! Abg tu pandai masakla...."

hah hah hah..
aku sokong azhar ahmad sebulat hati.
susah beb nak carik laki yg reti masuk dapur zaman logam skarang.
kiranya.. kalau hebat berlawan dengan kuali periuk belanga bagai... memang saham konfem naik 800%. iyeee.. sungguh.

 
At 11:41 AM , Anonymous mohdismail said...

jangan mencarut langsung...jangan
jangan merokok langsung...jangan
mengorat boleh..tak membahayakan kesihatan dan minda..hik..

*penah x masa duk hostel dulu berangan2 yang bilik sebelah ataupun dorm sebelah adalah dorm budak pompuan..?nahh..

 
At 2:51 PM , Blogger KudeN said...

besday ko eyhh? epi bday..
takpe.. carut je.. free ur desire!! jgn pakse diri.. hahaha!! nasihat

 
At 11:50 AM , Blogger ILynn said...

Tapi yang paling kami suka ialah bila dapat tau rumah sebelah, rumah depan aku ni dipenghuni oleh golongan awek seuniversiti. Sedap mata memandang.
Hahaha...perempuan punya pasal sanggup tikam kawan sendiri.

name pon lelaki

 
At 11:50 AM , Blogger ILynn said...

Tapi yang paling kami suka ialah bila dapat tau rumah sebelah, rumah depan aku ni dipenghuni oleh golongan awek seuniversiti. Sedap mata memandang.
Hahaha...perempuan punya pasal sanggup tikam kawan sendiri.

name pon lelaki

 
At 11:03 AM , Anonymous Anonymous said...

................

 
At 4:39 PM , Blogger zf_zamir said...

jiman, jiman..

 
At 3:33 AM , Anonymous akirasuri said...

bila nak hapdet dude?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home