< tido mode
sembang lebat



Sila baca alasan saya

Mana-mana pun boleh
Aku tak pegi mana-mana pun sebenarnya. Bukan sesaja malas menghapdet blog, bukan kedekut seringgit dua pergi cc hatta masih lagi ditelan ketupat raya sekalipun. Tetapi hanyalah ketandusan idea untuk menulis. Otak jadi beku untuk menghasilkan karya-karya agung.
Alasan lapuk untuk mengaburi mata korang semua. Biasalah...
Buat-buatlah terpedaya.

I love my cat
Ni gambar kucing baru aku. Mata biru dan suka tidur atas keyboard kompiter aku. Dan yang paling mengharukan kucing ini pandai berposing.Tak sampai seminggu aku bela, dah ada yang menuntut hak penjagaan daripada aku. Mentang-mentanglah kucing ni cantik. Pandailah korang.

Yang cantik dikasih ditatang, yang buruk pergi terjun lubuk.
Hahaha...

Skill purba
Aku dah ada band baru. Orang jemput. Menggantikan posisi drummer yang missing-in-action. Kali ini aku kena main lebih banyak tempo dengan beat-beat drum tak terjangkal oleh tenaga. Tuslah jugaklah air ketiak aku kalau silap gayanya.

Aku masuk lambat, tau-tau dah siap lebih kurang 6 buah lagu. So tak boleh nak komplen lebih-lebih. Tapi aku sedikit heran dengan nama band ni; Promise To Be Good. Kalau dari segi melayunya berjanji jadi baik. Baiklah sangat...(ujar hatiku)

Dengan merujuk band-band emo/hardcore yang dah wujud sekarang ni, semuanya memerlukan pukulan@libasan drum yang jitu, padu dan bervariasi. Aku tak ada skil-skil itu semua. Aku ialah aku dan skil-skil aku masih lagi ditahap purba. Kalau korang pernah tengok aku perform masa sure pekat 3 dulu, tak banyak yang berubah.

Dan yang paling aku terkilan ialah penangguhan membeli double paddle(selalu orang refer sebagai beat kuda). Nak kumpul duit beli dah sekian, nak belajar satu hal puak.

Dalam bulan 12 ni, kemungkinan besar (aku tak cakap kompem ahh...) band kitorang ni akan masuk studio untuk kerja-kerja rakaman. Part ni lah yang aku tunggu-tunggu dari tadi nak beritau korang. Buat hati aku berbunga-bunga sejak dua menjak ni.

Namanya rezeki
Ada yang komplen. Kebelakangan ni kalau korang perasan makin banyak pop-up-pop-up yang tak diundang setiap kali korang masuk page aku ni. Macam-macam. Kalau internet korang takde pop-up blocker takpun filter yang bagus-bagus, nanti korang akan lihat iklan cabutan sentiasa bertuah ataupun iklan ajak korang main pakau. Paling ketara sekali ialah satu iklan perempuan separa bogel menawarkan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur. Muka orang putih, tapi alamat sini. Heran aku. Yang ini aku tak tahu-menahu langsung, malah sesen duit pun aku tak pernah taja untuk mereka jadi intro page aku ni. Hmmm....musykil.

Buat masa ni aku tak terpikir lagi nak bukak satu laman web porno. Jadi, jangan memandai atau mudah buat spekulasi. Tapi kalau keluar lagi sekali iklan tu memang rezeki korang.

Aku sarankan korang guna teori ini. Ada mata tengok. Ok?

10 Comments

At 1:21 AM , Anonymous spekong said...

ello bebeh...

errr...
IZARRR!!!!!!

aku dengki neh!!!

asal anak kucing kau comel?!?!?!?!

dia kat raub ke?aku nak kucingnap kan dia...

aaaaaaakuuuu jelesssssss!!!!

hu hu hu...

 
At 3:46 PM , Anonymous mohdismail said...

pop up?xde pon..xde rezeki la tu nampaknya..haha

 
At 5:40 PM , Blogger topeq said...

ko jmpe mne kucing tu??hehe..

 
At 12:28 AM , Blogger zf_zamir said...

oit, buley bg no tepon ko kt aku x? emegensi neh..

 
At 2:25 PM , Blogger chot said...

masih xde rexeki aku lagi la tu...selama ni xde apa2 pun...

 
At 9:38 PM , Anonymous Anonymous said...

kucing tu ikut muka mama dia ker papa dia?

)(

 
At 2:12 PM , Anonymous ciklina said...

comelnya kucing tuuee...
dah ada nama belum?

 
At 1:43 PM , Anonymous Kumprinx said...

Lu nanti itu sure pekat ampat sila latang main lu munya band. gua sulah ajak lu main. lo jangan main-main..
itu porno aa.. Adult Friend Finder kalau lu bikin mutut2 aa.. lebih melintingkan dari adsense.

 
At 10:51 AM , Anonymous ron97 said...

kucing ni nak kena kiknap ni..

 
At 11:47 PM , Blogger ILynn said...

xde pop-up pon...

hmm...invest la double paddle.
best woo!! (xreti double..suke tgk & dgr jek)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home