< tido mode
sembang lebat



Moreh pergi, terawikh haram...

Tak guna pergi sembahyang terawikh kalau...
1. Siang harinya, korang haram tak sembahyang langsung

2. Curi-curi korek hidung dalam bilik air (siap makan sekali)
3. Mengumpat nista, mengeji kawan dari belakang
4. Tonton filem porno selepas sembahyang terawikh
5. Tidur (baca: meghetuh, membuta) sepanjang hari
6. Masih melanggan 4 nombor ekor seperti hari-hari biasa
7. Hari siangnya terpukang, tertiarap dan terlentang tanpa membuat apa-apa kerja

Mempekena juadah

Kalau aku pergi mana-mana pasar ramadhan, selalunya tak banyak kuih-mueh yang aku beli. Walaupun ada sekepuk duit dalam poket aku. Harga kuih pun bukan main mahal lagi. Seringgit dapat 3. Mengalahkan harga sekotak ubat nyamuk. Dulu zaman sebelum inflasi, kalau muka korang familiar dengan tokey kueh tu boleh dapat 10 ketul kueh dengan harga seringgit setengah. Tapi zaman sekarang ni jangan korang mimpilah. Bisnes is bisnes.

Balik Raub sana, ada 3 jenis kueh yang tak pernah miss satu hari pun.
1. Murtabak Duan (Dia ni memang hustler buat murtabak. Bekas askar. Pencen sebab kereta kebal yang dia bawak melanggar murid sekolah)
2. Kek batik (Ni list baru untuk puasa tahun ni. Simple. Biskut meri+coklat. Macam belang harimau)
3. Apam ayu (Apam yang kalernya hijau dan ada kelapa di atasnya. Tah, kalau jual kat pekan minggu tu tak terliur langsung aku. Bulan puasa ni ajelah yang lebih-lebihnya)

Kau tak rasa pelik kah?
Kalau korang perhatikan betul-betul, banyak benda pelik yang boleh korang perhatikan sepanjang bulan puasa. Terutamanya aku sendiri.

1. Time azan maghrib, aku akan sentiasa berada kat rumah walaupun tak dipaksa balik untuk sembahyang.
2. Kopiah tak lekang dikepala
3. Asap-asap rokok dalam rumah aku akan muncul ikut syif (malam sahaja)
4. Bangun sembahyang subuh berjemaah Tapi semua ni berlaku pada bulan puasa aje. Habis puasa tutup buku terus. Dengar tu, habis bulan puasa!

Memori yang tak terbeli

Semenjak pembubaran Maxwell Murder dari persada muzik ni, aku makin jadi tak tentu hala. Pergi jamming jadi sebulan sekali. Kumpul duit pun dah malas-malas. Masing-masing dah buat hal masing-masing. Mex dah nak pergi Dublin awal tahun depan, sambung ACCA. Joe pulak dah jadi orang kolumpo, kerja kat Plaza Low Yat. Jawa lagilah tak jumpa jalan balik Raub. Ijat setahun sekali baru nampak muka. Dan aku pulak dah nak abis belajar. Balik pun jarang-jarang. Tinggalah manager band kami merangkap assistant manager 7eleven Raub, saudara Apih Gemuk.

Maxwell Murder, band hangat-hangat tahi ayam. Pasni aku nak tutup akaun myspace. Bosan. Yang tinggal hanyalah kenangan yang berbaki. Aku sembelih korang kalau ajak aku pergi jamming lagi sekali.

11 Comments

At 5:18 AM , Blogger Azhar Ahmad said...

Wakakakkaka.

Aku tak tahan tang korek hidung dalam bilek air, pastu makan.

Yuckkkkkkk.....

Ade keeee....

 
At 11:02 AM , Anonymous mohdismail said...

erkk..da xde ke maxwell murder ni?
*bulan puasa beb..ade sesetengah orang akan menganggap malu tidak pergi terawih tapi x malu kalo x solat wajib...

 
At 11:47 PM , Anonymous spekong said...

adakah dikau terlupa memberiku akan sesuatu wahai jr?
yg pastinya bknlah kuih apam...

hu hu...

 
At 10:21 PM , Anonymous Anonymous said...

hehehe...
entry yang menarik..
sayang kamu..

:jangan korek hidung lagi k? hihi!!

)(

 
At 11:59 AM , Blogger chot said...

lu buat album solo je la bro...kitaorg pasti beli cd lu punya...miahhaa

 
At 9:31 AM , Anonymous Anonymous said...

woit........aku pun peminat murtabak duan....tapi tue dulu ler....skang murtabak die dah x power cam zaman aku skolah TK dlu..balik skool..singgah ble murtabak dengan sis....die nak cut cost kot....

 
At 1:22 PM , Anonymous jenny lewis said...

bulan puasa nih:
aku ngumpat
aku makan (kalau PMS)
aku ngumpat lagi
dan ngumpat lagi

dan yang aku paling tak bley blah
aku terseksa

maxwell murder dah mati. talent ko tuh tak bley mati jugak.

ngerti?

 
At 1:25 PM , Anonymous jenny lewis said...

oh ye
bulan puasa ni
aku juga asyik nangis
dan nangis lagi
dan nangis
dan mengeluh
dan penat

dan aku juga baik hati
walau orang buat mcm2 kat aku

dan sebab tu
aku komen skung nih

 
At 9:18 PM , Blogger jr said...

sapekah wahai jenny lewis ni?
mistikus

 
At 1:13 PM , Blogger chot said...

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN..AKU MINTA MAAF KALAU ADA SALAH PADA KO YE

 
At 11:54 PM , Anonymous akirasuri said...

oh oh entri yang menarik...lalalala~ kenapa lama tak update ya??

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home