< tido mode
sembang lebat



Gua dah pencen beb.

Saka harimau
Semalam skuad badminton kalah lagi. Hoki, sepaktakraw, lumba lari dah sedia kalah. Bola lagilah. Pendek kata toksah bukak ceritalah kalau berborak dengan aku. Sakit hati.

Masuklah sukan apa sekalipun, taknya menang. Kecik hati rakyat kalau prestasi entah kemana. Bila keluar surat khabar dia punya komplen penuh sampai tiga empat muka surat. Aku baca gelak mengekek ngekek macam orang gila.

Mak aku tegur "pemain Malaysia ni patut bela saka rimau gamaknya baru menang..."
.
.
.
Mulut orang tua sekali bersuara, bisa dia tak tertelan.

Budak 7 tahun kampung aku serpih kuku main karom pukul 3 pagi
Bagi sini sorang budak sekolah, aku latih dia jadi pemain karom peringkat dunia. Dua kali jentik setengah dozen buah masuk lubang. Bayar yuran streamyx aku tiap tiap bulan, aku gerenti training yang diberikan tahap waja dan boleh serpih kuku menala buah karom tiap tiap hari.

Tu pun kalau menteri belia dan sukan nampak potensi main karom ni macam mana.

Tragedi lutut bengkok
Tragedi ni dah lama berlaku. Masa darjah 6. Zaman jerubu kuat.

Kehandalan aku sebagai winger belah kanan menyebabkan aku automatik jadi pemain sekolah. Wakil rumah hijau. Pergi selection tak payah berterih-terih nak tunjuk skill depan Cikgu Latip(arwah). Masa ni takde nama lain dah aku petik melainkan Azizul Kamaluddin, walaupun orang lain pakat sibuk sanjung player luar.

Karier aku tak bertahan lama. Masa saringan peringkat daerah, player sekolah sains main terjah lutut sebab tak dapat bola. Nyaris bertumbuk tengah padang. Maka bertongkat jugaklah aku seminggu sebelum masuk dewan periksa.

Doktor sarankan aku buat pembedahan untuk tune balik tempurung lutut. Aku tak nak. Serik kena bedah masa sunat dulu. Ngeri.

Sekarang nak main bola pun tak layan dah. Lagi-lagi bila tengok skuad kebangsaan main macam bedebah. Terlompat-lompat.

9 Comments

Berpahalakan rambutan

Sekarang musim buah-buahan kalau singgah raub ni. Durian jual melonggok longgok takde sapa nak beli, manggis jual pakai timbang dan banyak langsat lebam kaler hitam sebab terperap lama sangat dalam raga. Tak terdaya orang raub ni nak meratah buah macam mamalia purba tiap-tiap hari. Semua naik mua. Masing-masing pakat hulur ke jiran tetangga kalau berlebih tu.

Kat depan rumah aku ni pun sama. Tak lari ke mana sangat musimnya. Adela dalam 2-3 jenis pokok. Rambutan gading, kedondong sama buah kuini. Maklumlah duduk tepi bandar ni, pokok tak berapa menjadi sangat. Tak tahan debu, bising. Mudah merajuk. Macam anak dara lagi demand dia.

Rambutan gading biasanya menjadi A-list dalam senarai kes kecurian buah rumah aku tiap tiap tahun. Sampai bergaduh-gaduh bebudak yang datang mencuri itu hari. Dahla mencuri, tunjuk taiko pulak depan rumah orang. Kena pulak musim kali ni lebat sungguh buahnya. Aku dengar sampai bebudak besikal kuarters JKR tu sanggup turun curi rambutan ni tengah malam. Nasib baik tak kena libas dengan bapak aku.

Tak cukup dengan kera kuat mencuri, babi pun kuat sama cari rambutan gugur. Belum azan maghrib lagi dia dah bawak anak pinak dia turun bukit buat kenduri bawah pokok. Nak pergi dekat tak berani. Takut babi naik minyak.

Semalam aku ringan tulang, turun tangga pergi cari galah bawah rumah. Takde. Dah kena curi dengan anak-anak orang TNB bawah bukit tu agaknya. Mak aku suruh pinjam orang rumah ujung jalan sana. Dahla galah dia pendek, reput pulak tang hujung. Kena pulak orangnya jenis kedekut, haramla nak sentuh. Dapat pun belum tentu. Tapi rambutan rumah aku disebut sebut tiap kali bertandang ke rumah.

Aku nekad. Panjat merupakan last resort untuk aku habiskan stok-stok rambutan ni sebelum terlambat. Sama ada kena bersaing dengan kera ataupun bebudak besikal yang tak reti bahasa kena halau tu. Permukaan kaki aku gemuk memudahkan cengkaman dari satu dahan ke dahan yang lain. Skill memanjat darjah lima terpaksa diskala semula mengikut berat badan semasa. Mana tau boleh tiru tupai terbang tu karang. Senang sikit nak capai kalau yang belah ujung-ujung tu. Ilmu pengapungan.

Aku baca bismillah. Panjat kaki kanan pasang kekuda belah kiri. Tangan paut batang pokok naik berlumut. Anak orang TNB bawah bukit tu bersorak macam nampak antu bila nampak aku bersidai atas pokok rambutan. Aku gelak kuat-kuat pastu campak kulit rambutan kat kepala diorang. Halau balik. "Kecik kecik dah pandai mencuri harta orang" kata aku.

Adela 2-3 ekor kerengga cuba membantutkan ketangkasan aku atas pokok dengan memberikan 'love bite' kat tengkuk, celah-celah baju seluar. Menggelupur kejap atas dahan. Walaupun pokok ni pernah direkodkan menjadi port kerengga, aku yakin semua kerengga ni dah bermigrasi secara besar-besaran ke pokok kedondong sebelah sebab takut kena bakar, cucuh dengan ubat nyamuk lagi sekali. Yang tinggal-tinggal ni semua yang jenis kuat rebel tak sedar diri. Ritual bakar kerengga ni selalu aku buat lepas balik mengaji dulu-dulu. Siap beli ubat nyamuk spare simpan bawah rumah.

Bila dah penuh raga biasanya adik aku sediakan 8 jenis plastik berlainan. Packing kasi jiran. Mana ada makan sorang. Nak kena tibai dengan mak aku? Kadang-kadang yang dah buruk, kecut berulat baru tolak kat aku. Yang elok semuanya disunggahnya ke orang lain. Mana aku tak kecik hati. Dahla aku yang panjat. Dekat 2 jam duduk bersidai atas pokok rambutan, mana tak sakit tongkeng?

Tutuhla, aku pikir pahala aje sebenarnya...

8 Comments

Nyawa

Aku biasanya jarang berselera makan nasi takde kicap. Takde kicap aku patah selera. Cepat murung. Tak kisahla nasi lemak ke, nasi goreng ke, nasi ayam ke mesti ada kicap. Kesungguhan aku dengan kicap terbukti bila mak aku beli barang dapur aku mesti kirim sama beli kicap botol besar sampai dua. Stok tak pernah putus.

Sampai bila aku nak berenti makan kicap tuhan aje yang tau. Kicap ibarat nyawa. Ketagihan kicap bagi aku tak pernah mendatangkan sebarang komplikasi melainkan satu hari nanti aku terjumpa bangkai cicak dalam botol kicap. Masa tu aku akan saman malu pengusaha kicap tersebut. Setel.

11 Comments

Tahyul

Aku rembat mana tah gambar ni.

10 Comments

Hutang is mine and i shall repay! (part 1)

Stail makan tanpa bayar merupakan survival skill yang sangat lahanat untuk dilakukan. Skill ni memerlukan beberapa ketentuan dan selok belok yang membuatkan aku bertambah tegar dengan kehidupan seharian seorang kutu(ayat merepek). Kalau bukan sebab terdesak(lapar sampai lutut rasa longgar), baiklah deme cari duit dulu sebelum makan. Pinjam ke, takpun mintak sedekah orang yang lalu lalang. Banyak lagi option lagi boleh korang buat demi sesuap nasi. Tip ni aku perturunkan kepada orang berstatus duit kejap ada kejap takde.

Penelitian kedai makan merupakan kunci kejayaan skill ni selain rasa 'apa-nak-jadi-pun-jadilah' yang menebal dalam hati. Kalau percubaan pertama melakukan trick ni tak menjadi sehingga mendatangkan mudarat seperti dihenyak atau ditumbuk oleh brader kedai makan tersebut, aku rasa cukuplah buat hari tu. Tak payah nak ulang trick yang sama untuk kedai makan lain. Lebih baik berlapar dahaga daripada patah tulang selangka. Korang akan tau, hari tu memang takde ong langsung.

Pastikan jugak kedai makan yang telah ditarget tadi dalam persekitaran yang sangat sibuk, merembe-rembe manusia datang serta dekat dengan pintu keluar untuk memudahkan korang hilang tanpa dikesan(missing in action). Lagi beruntung jika individu yang nak cuba skill ini pernah memegang rekod sebagai pelari pecut agung di sekolah. Kalau sedar diri perut tu dah boroi, mudah tercungap-cungap dan jenis jalan bersepah baiklah berhenti melakukan aksi-aksi sebegini. Kang tersadung kaki gua tak jamin.

Memandangkan aku ni jenis pelahap jugak(kekadang tu), maka aku tak menetapkan skala makanan banyak mana. Ikut perut masing-masing. Jangan melampau. Ni kang ada pulak yang jenis nak nasi tambah, sup semangkuk pastu kena ada sambal belacan pulak sebagai additional meal. Jangan menimbulkan suasana tak semenggah yang boleh membuatkan tokey kedai makan rasa meluat. Walaupun korang berpegang kepada prinsip customer always right, prinsip ni sesuai untuk orang yang hanya bayar makan.

Ada yang tanya pada aku, perlu ke habiskan makanan?

Jawapannya senang. Tinggalkan sesuku pinggan nasi dengan lauk tadi dan jangan basuh tangan untuk mengelakkan korang jatuh kepada status telah menghabiskan makanan dan bersiap menuju ke kaunter bayaran. Korang jugak dilarang sama sekali untuk merokok, cungkil taik gigi, kunyah gula-gula hacks ataupun kalih kepada telepon bimbit untuk melengah-lengahkan masa. Semakin lama korang berada di kedai makan tersebut, semakin mudahlah pekerja kedai makan cam muka korang.

Kebarangkalian untuk berjaya dengan survival skill ni 50-50. Ikut nasib. Kalau zaman aku sekolah jauh dulu, skill ni lah yang menyambung nyawa aku. Halal haram biasanya tolak tepi dulu. Tak jamah nasi sehari boleh menyebabkan aku ketar kepala sampai tak boleh belajar. Pandangan jadi kabur. Air liur menjadi bertambah busuk dan badan berpeluh-peluh tanda kekurangan kanji nasi.

4 Comments

Saya gendut awak peduli apa?

Aku timbang masa pergi farmasi itu hari. Naik lagi. Dekat 60 kilo kalau berpandukan mesin timbang jahanam tu. Perut aku dah mula boroi di skala kecil, kulit bawah dagu berlipat-lipat dan perasaan malu tak tentu hala mula memuncak. Dahla aku ni tak rupawan.

Masa pinggang aku 28 inci dulu, perut aku tak macam ni. Berketak-ketak six pack. Sasa. Kau tanya pulak apa rutin aku masa tu? Main ragbi, sepak bola kering. Kalau rajin sikit aku pergi gym. Ada senaman terancang. Kes pancit masa berlari ni merupakan benda sede je bagi aku.

Aku lupa gamaknya.

Masa tu berat aku tak sampai 46 kilo. Mengalahkan berat budak pompuan sebaya aku. Aku riki secara diam berat diorang dalam report kad. Compare. Beza dekat 5 kilo. Masa rehat, stail makan diorang ialah nasi lemak separuh, mee goreng separuh. Wajib. Pastu makan kek lima kupang, milo ais bibik kantin, cokelat Cadbury beli kat koperasi lagi. Haaa....

....

Aku saspek skala mesin timbang tu dah lari. Taukey farmasi tu bongok sangat, tak reti reti nak tukar baru.

Kalau tanya member member aku lagilah, semua tuduh berat dosa. Takde langsung jawapan yang menyedapkan telinga.

Cuba kira, kalau sehari aku produce sebakul dosa bersamaan 2 kilo (dulu double, 4 kilo lebih). Tolak makan berak semua, ada kemungkinan teori aku ni betul. Aku tak salahkan mapley kedai hujung sana buat kari sedap sedap sampai menjilat jari. Aku tak salahkan jugak makanan segera yang selalu tayang kat tv sana. Yang aku tau, kalau dah makannya sedap, aku beli. Takde duit lain cerita.

Awek(baca: bakal tunang) aku selalu pesan "Makanlah banyak sikit, badan serupa papan. Tak macam lelaki langsung."

Ceh! Dia tak tau yang aku ni tulang besi urat dawai.

6 Comments

The champion!



Gua buat 2 malam lepas. Tujuan: bodek Kumprinx. Haha...

7 Comments